Archive for the ‘kegilaan mahasiswa’ Category

SISTEM MAKLUMAT KEMISKINAN NEGARA (eKasih)

SISTEM MAKLUMAT KEMISKINAN NEGARA (eKasih)

ICU JPM mendapati sejak akhir-akhir ini banyak kekeliruan mengenai eKasih telah diperkatakan. Bagi maksud meningkatkan kefahaman dan mengelakkan perkara ini terus berlaku, berikut adalah penjelasan yang menyeluruh mengenai eKasih.

PENGENALAN

1. Kerajaan pada 31 Oktober 2007 telah memutuskan dan bersetuju untuk membangunkan eKasih bagi mengatasi isu tiadanya data bersepadu mengenai pembasmian kemiskinan yang mengumpul dan mengesan pergerakan isi rumah miskin untuk mencapai sasaran nasional bagi mensifarkan kadar miskin tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8% pada hujung tahun 2010.

2. eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan serta mengesan pergerakan isi rumah kepada kategori yang lebih baik seperti dari kategori miskin tegar kepada miskin dan seterusnya.

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN

3. Kriteria menentukan status kemiskinan adalah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan PGK per kapita isi rumah yang telah ditentukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

i. Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah (AIR) di manadia tinggal. Semua tanggungan KIR adalah AIR yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

ii.PGK melalui Laporan Penyiasatan Isi rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) pada tahun 2007 menetapkan kategori miskin adalah seperti berikut:

(a) Kategori miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 Sarawak. Manakala pendapatan per kapita isi rumah tersebut adalahRM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Sarawak dengan bilangan isi rumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Sarawak.

(b) Kategori Miskin ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM720.00 bagi Semenanjung (RM163.00 per kapita), RM960.00 bagi Sabah (RM184.00 per kapita) dan RM830.00 bagi Sarawak (RM180.00 per kapita).

(c) Mudah Miskin ialah golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar dan RM1,000.00 bagi kawasan luar bandar.

PENGUMPULAN MAKLUMAT MELALUI BANCIAN

4. Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Untuk tujuan itu, ICU JPM dengan kerjasama DOS telah menjalankan bancian berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang ada. Hasil bancian diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. BIRM terdiri daripada dua fasa.

5. BIRM dijalankan dalam dua fasa di mana Fasa I dijalankan secara menyeluruh merangkumi kawasan bandar dan luar bandar bermula Disember 2007 sehingga Jun 2008 dengan rangka (frame) secara khusus diperolehi berdasarkan kepada senarai UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) yang terkini pada masa itu. BIRM Fasa I juga dijalankan dengan merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi rumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS bagi memantapkan rangka kawasan bancian. Walau bagaimanapun, terdapat kawasan yang tidak diliputi, iaitu kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan setinggan, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri. Hasil daripada bancian tersebut seramai 181,564 isi rumah telah didaftarkan di mana 44,643 isi rumah dalam kategori miskin tegar, 53,557 isi rumah dalam kategori miskin dan selebihnya 83,364 mudah miskin.

6. Bagi mengatasi masalah keciciran dan cakupan dalam usaha untuk memantapkan senarai di dalam eKasih, BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan metodologi BIRM yang sama untuk konsistensi data. Verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada pemimpin tempatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah. Hasil dariada bancian di peringkat Fasa II pula seramai 46,976 isi rumah telah didaftarkan di mana 6,366 isi rumah dalam kategori miskin tegar, 13,476 isi rumah dalam kategori miskin dan selebihnya 27,134 mudah miskin.

7. Memahami bahawa bancian sedia ada tidak berupaya mencakupi semua mereka yang layak, kaedah pendaftaran terbuka disediakan untuk mengatasi isu kemiskinan yang dinamik dan sentiasa berubah. Terdapat dua kaedah pendaftaran terbuka iaitu atas talian (online) boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang www.ekasih.gov.my dan melalui PPN. Walau bagaimanapun pendaftaran terbuka bukanlah untuk menentukan kelayakan untuk terima bantuan. Ianya hanya menentukan sama ada bancian terperinci layak dijalankan atau sebaliknya. Dari segi perundangan pula, maklumat yang diperoleh daripada bancian adalah terhad dan hanya boleh digunakan untuk tujuan eKasih. Bagi isi rumah yang telah diverifikasi sebagai miskin tegar, akan menjadi rujukan utama agensi yang memberi bantuan.

8. Sehingga 14 Januari 2011, sejumlah 195,493 kes di bawah pendaftaran terbuka telah diterima. Bilangan adalah dinamik dan bertambah berdasarkan kepada insiden baru kemiskinan. Daripada jumlah tersebut, 89,359 kes telah dibuat bancian, 66,377 kes tidak layak dibuat bancian dan selebihnya 39,757 sedang dibuat bancian.

PENGGUNAAN MAKLUMAT EKASIH

9. Maklumat dalam eKasih boleh digunakan untuk perancangan projek bagi penyaluran bantuan dan penyertaan projek oleh semuaagensi yang diberikan akses. Manakala, outputnya dapat dikesan apabila maklumat pendapatan yang diperolehi daripada projek dan bantuan yang diterima oleh setiap individu dalam isi rumah tersebut. Ini merupakan hasrat utama eKasih dibangunkan supaya pengesanan dan pergerakan setiap isi rumah dapat dipantau.

10. Di peringkat pelaksanaan pula, maklumat boleh juga digunakan untuk menyediakan peruntukan dan penilaian keberkesanan setiap projek atau bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada pendapatan dan peningkatan kualiti hidup keluarga berkenaan di samping menggalakkan ketirisan dan penyalahgunaan (target focus).

11. Berdasarkan maklumat yang sentiasa dikemaskini oleh agensi yang menyalurkan bantuan, pengerakan setiap isi rumah dipantau dan anjakan dari miskin tegar kepada kategori yang lebih baik akan berlaku apabila pendapatan per kapita isi rumah berkenaan melepasi PGK per kapita miskin tegar dan secara agregatnya, bilangan ikut kategori di setiap peringkat akan dapat dijana oleh eKasih. Selain daripada itu, sekiranya didapati maklumat yang diperolehi semasa bancian dan pemutihan apabila lawatan berulang dilakukan didapati tidak tepat dan tidak layak, senarai ini akan dikeluarkan dari kategori asal dan tidak boleh ditimbangkan untuk terima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan.

12. Berdasarkan kepada data yang telah dikunci (locked data) dalam eKasih, pada masa-masa tertentu kadar kemiskinan ikut negeri atau kawasan boleh dijana ikut ketegori kemiskinan. Walau bagaimanapun data ini adalah dinamik dan berubah ikut jenis bantuan diterima.

DASAR KERAJAAN MENGENAI PENYALURAN PROJEK DAN PEMBERIAN BANTUAN

13. Di peringkat awal pembangunan eKasih, maklumat senarai projek,bantuan serta bantuan telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada program pembasmian kemiskinan yang dijalankan oleh kementerian dan agensi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, senarai projek ini telah dikembangkan kepada jenis bantuan one-off dan tidak semestinya menyumbang kepada peningkatan pendapatan, seperti bantuan kebajikan dan sosial di bawah 1AZAM (NKRA –Low incomeHousehold).

14. Dari segi pelaksanaan dan penyaluran bantuan pula, Kerajaan telah membuat keputusan pada 6 Disember 2010, bahawa keutamaan penyaluran bantuan dan projek pembasmian kemiskinan diberikan kepada mereka yang telah disenaraikan dalam eKasih. Walau bagaimanapun bantuan dan projek boleh juga dipertimbangkan kepada mereka yang masih belum di senaraikan dalam eKasih sekiranya memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang disalurkan oleh agensiagensi berkenaan.

PENAMBAHBAIKAN PADA EKASIH

15. Aktiviti utama eKasih ialah memastikan data yang dimasukkan dalam sistem adalah reliable dan tepat. Untuk itu, usaha pemutihan dan kemaskini sentiasa dilakukan di mana setiap individu dalam isi rumah akan dipastikan keperluannya dan disalurkan bantuan atau projek yang bersesuaian mengikut program sedia ada. Proses pemutihan ini akan menentukan pergerakan dan isi rumah yang telah melepasi PGK per kapita asal akan bergerak kepada kategori yang lebih baik atau “terkeluar” tetapi maklumat masih disimpan dalam eKasih. Sehingga 14 Januari 2011 sejumlah 43,340 isi rumah telah dikategorikan sebagai “terkeluar”.

16. Dalam masa yang sama, ICU JPM dengan kerjasama DOS bersedia untuk memberi latihan dan penerangan secara berterusan bagi meningkatkan kefahaman kepada semua pihak yang terlibat. Adalah menjadi haparan Kerajaan supaya dengan adanya sesi penerangan sebegini aspirasi dan hasrat Kerajaan dapat diterima baik oleh semua pihak.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan 

Jabatan Perdana Menteri

Putrajaya

24 Januari 2011

Energy Sources : A Dilemma for the Twenty-First Century

All of us have come to expect that reliable sources of energy will be available forever. We drive our cars wherever and whenever we want. When the gas tank gets low, we simply pull into the nearest gas station. At home, whenever we need to change the temperature, prepare food, listen to music, or watch TV, we simply turn on the nearest appliance. What is the source of all this energy that we use so carelessly? In most of the world, energy is created by burning fossil fuels – coal, natural gas, and oil. The problem is that these resources are finite. At our current rate of use, by the year 2080, the world’s supply of oil will be almost gone. That means, if you are under the age of forty, the day will probably come when you will not have enough gasoline for your car or electricity for your appliances. The three most commonly porposed solutions to this worldwide problem are increasing the efficiency of appliances and vehicles, improving conservation efforts, and finding alternative energy sources.

The first solution, increasing the efficiency of appliance and vehicles. is something that manufacturers have been working on for these three decades.For instance,televisions now use 65 to 75 percent less electricity than they did in the 1970s, refrigerators use 20 to 30 percent less electricity and cars need less gas to travel more miles. Unfortunately, there are so many more televisions, refrigerators, and cars in the world now that overall consumption continues to rise.

Another solution to the dangerous energy situation is to improve our conservation efforts. For example, all of us must get in the habit of recycling whatever we can. We have to install high efficiency light bulbs in our homes and offices and turn off the light in rooms that we are not using. It would also help if we biked, walked, carpooled, or used public transportation more and used our car less. unfortunately, improvements in both conservation more and used our cars less. unfortunately, improvements in both conservation and efficiency are only temporary solutions. They extend the useful life of our current fuels, but they do not explain what we will do when these fuels run out.

The best solution is to find alternative sources of energy to meet our future needs. The current leading alternatives to fossil fuels are fusion and solar energy. Fusion is a nuclear reaction that results in an enrmous release of energy. It is practically pollution-free and is probably our best long-range option. Unfortunately, it will not be available for at least twenty years. The other possible energy source, solar power, is the source of all energy, except nuclear, on Earth. When people think of solar energy, they generally think of the many ways that individual homeowners can utulize the power of the sun for heating water and buildings. But solar energy can also be utilized to generate electricity and to purify for automobiles.

It is clear that for us to have sufficient energy resources for the twenty-first century, it will be necessary to pursue the development and encourage the use of alternative energy sources worlwide. If we ignore this problem. what will become of our children? What will life be like for them in the year 2050???

Pasal kenaikan harga minyak dunia

This is a very good explanation to all Malaysian

Dear All,

This is lengthy but please bear with me. This is worth reading through ALSO.

We’re not actually comparing apple-to-apple here, as most countries listed have a very long reserve life (the amount of years they have till the oil is finished) and they have a low population compared to their oil reserve (hence they can cater to their own needs without any bother to the supply). Some research can do wonders instead of blaming others.

UAE
population = 4,380,000
oil reserve = 97 billion barrels
production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 107 years

Kuwait
population = 2,851,000
oil reserve = 99 billion barrels
production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 108 years

Saudi Arabia
population = 24,735,000
oil reserve = 260 billion barrels
production rate = 8.8 million barrels per day
reserve life = 81 years

Iran
population = 71,208,000
oil reserve = 136 billion barrels
production rate = 3.9 million barrels per day
reserve life = 74 years

Nigeria
population = 148,093,000
oil reserve = 36.2 billion barrels
production rate = 2.3 million barrels per day
reserve life = 43 years

Venezuela
population = 27,877,000
oil reserve = 80 billion barrels
production rate = 2.4 million barrels per day
reserve life = 91 years

Malaysia
population = 27,452,091
oil reserve = 4.8 billion barrels
production rate = 550,000 barrels per day (resources from internet salah. Aku kira production hari2, sila ikut nombor aku)reserve life = 33 years

And the Ahmad fisherman notion that we extract oil from the ground without costs, or little cost, is NOT TRUE. Foolish, even.

FYI, to extract oil from the ground, there’re 3 main cycle: Exploration, Development and Production. I wont go into lengthy explanation here, lets just have an overview of Drilling campaigns that needs to be carried out on all three cycles.

Drilling Campaign:
Rig: RM552,000 per day (minimum)
->We dont make rigs. We rent them. The deeper the ocean, the pricier the rig. And FYI, shallow waters of Malaysia is running out of oil. We are running the final race on shallow waters , have to concentrate on smaller pore-sized fields and taking the greater risk and more cost on deepwater fields.

Supply boat : RM 209,509 per day (minimum)
-> we need at least 2 supply boats.

Thats the cost of just two of many, many more items involved in Drilling campaigns alone. I’d like to reiterate that these campaigns occur in ALL of the 3 cycles, each campaign is at least 4 months. Do the maths or better yet, put it in a fancy Excel and publish it around.

Thats just costs involved in extracting the oil.

How about transporting it to shore? How about refining it for industries, daily stuff and for your car?

Some may ask why are we selling our oil, since we can use it? Well, here the answer: WE DONT HAVE MONEY. What else can we sell to make money? Tin? Gold? Pepper? Rubber? All these calculated together would not make even a small portion of profit in O&G. Our oil is of one of the best quality in the world because it is low in sulphur. Fyi, we dont need best quality oil for our cars, its only used in industries and in jets. In the international oil price is average USD130/bbl, ours would be close to USD140/bbl.

And then some might additionally ask, SO WHERE DID ALL THE OIL MONEY GO? Please refer to the statistics above, we have less than 50yrs of supply of O&G, although more explorations are aggressively being done in deepwater and smallfields. PETRONAS needs the money to ensure that we have the supply AFTER 50 years. PETRONAS is aggressively pursuing O&G projects overseas, and these projects does not come cheap. In other words, PETRONAS is not the nation’s piggy bank, its THE bank for our children’s children.

So please, do not be swayed easily by cheap-mouthed politicians who does not have the in-depth knowledge about how the process goes. If they say they want to use our oil money, please do consider our children’s children. PETRONAS have been supporting the nation by giving back almost 60% if its profits.

Itu pakai cheap labor tu. Our skilled engineers, even often frustrated by the meager wages they get for risking their lives at sea, sometimes for weeks, still they stay and think of the country. I’m proud to say a lot of them are very patriotic. But also a lot of them are enticed by Middle East countries and others to work for them for more attractive salary. Nak recruit orang baru senang, but we have to train them and training takes 2-3 yrs!. Since we are running our last mile in our existing oilfields, we need experienced workers, and they dont come cheap.

:p. I think that would be more appropriate.

terlalu banyak yang kita pertikai tanpa kita memikirkan beban yg ditanggung oleh negara bukan pemimpin semata-semata..dan kalau ia sudah melibatkan negara,seluruhnya akan terasa..kita selalu bersikap pentingkan diri sendiri menyalahkan orang lain.kita terlalu mengharap pemberian orang lain tapi kita masih ditempat yang sama.

Isu sebegini bukan setakat kita saja yg hadapinya malah seluruh dunia turut merasa. Apa yang kita dapat jarang sekali kita bersyukur.

Lihat dilema yang dunia hadapi dengan masalah sumber tenaga dari petroleum. Dilema tenaga abad ke-21

Bincang pasal gaji menteri

untuk kategori Kegilaan Mahasiswa, hari ini saya tambah tentang isu gaji yang diperkatakan. agak sensitif tapi mengambil kira pandangan dan perbicaraan mereka yang menunjukkan minat terhadap persekitaran luaran hidup kampus.

Memetik dari blog http://beritasemasa.com/ dan beberapa komen yang diutarakan.

Senarai gaji Perdana Menteri & Menteri Malaysia

Source: www.beritasemasa.com

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen –  RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung
Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:
  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79
Komen: mahasiswa kini sibuk berbincang dan berbahas..tak kurang juga dengan masyarakat luar sana. tapi seharusnya kita perlu bijak menilai. adakah setimpal dengan tgjwb yg mereka pikul dgn ape yg mereka dapat? saya percaya kalau kita bertanya kepada mereka tentulah tgjwb lebih pnting dr mgharapkn balasan.
cuba kita kenang sejarah2 dan kemajuan dan pembangunan yg dibawa oleh pemimpin2 terdahulu kepada rakyat?tak sedarkah kita?knp kita perlu buta untuk melihat semua tu? tidak kisahlah siapa yg mnjadi pemimpin dr pihak pembangkang atau pun kerajaan tapi adkh mereka btgjwb?
dah menjadi lumrah kita lebih suka melihat keburukan dari kebaikan..percayalah jikalau ada keburukan lambat laun akan terbongkar juga..yg menjadi pokoknya tgjwb yg harus mereka laksanakan..kita yg dipimpin haruslah bersedia untuk dipimpin..tp bukan bermakna kita menjadi “pak turut” sebab itulah negara ini diasaskn ats dsr demokrasi supaya kita mampu mbntuk sesama kita bukan saling menjatuhkan.
Politik? 
bila kita berkata tentang politik, ianya xdpt dipisahkan dgn kuasa. tp kuasa yg ada itu ada pengawalnya.Undang2..(perlembagaan)..tugas memilih pemimpin terletak kepada kita. laksanakan tugas itu dgn bijaksana..jika mereka yg anda pilih sggup ke hadapan demi anda apa balasan yg hndk kita berikan? mereka yg kita pilih dan lantik itu pesuruh atau pemimpin?

Mahasiswa – pelajar universiti xkiralah luar atau dalam selagi mereka belajar di universiti.

kegilaan mereka? anda rasa apa?

kalau kita lihat, mahasiswa ni adlh sumber manusia utama yg perlu dijaga dgn baik untuk masa depan sesebuah negar kerana mereka ini boleh dikatakn pewaris tahta negara la.

kalau anda dulu seorg mahasiswa pasti akn tahui apa kegilaan mahasiswa. fesyen? artis? teknologi? ha..semua tu plg sesuai untuk mereka tp tahukah perkara pokok yg mnjadi kegilan mereka?

KEBEBASAN!!!

yupp..kebebasn..kita semua sedar yang mahasiswa adlh mereka2 yg terpelajar. dan buah fikirn mereka tidak dapat dinafikn keberkesannya dan dgn kuasa yg mereka ade, mereka mampu mngubah dunia ni. di kebanyakkan u..rata2 sibuk dgn  bantahan terhadap perkara2 yg mnjadi isu sekian lama…

post ni bukan lah mahu membincangkan tntg kegilaan yg dilakukn mahasiswa tp sb aku teringat pelajar2 u aku yg sibuk bercerita pasal politik sampai melibatkn org yg tiada kena mengena dgn u.

haha..sebut pasal politik, teringat aku kat kwn2 yg join bakti siswa yg xd kelulusan pihak u sampai kena apung (dibuang dari dewan penginapan). dh kaji2 sb ape..rupanya program yg mereka ikut buat di  kwsn kuat politik (kwsn pmbgkg)

udahnya sampai ke sekarang dok cerita psl politik jer..nk kata kecoh pn dh ade juga..

sekian..

M.aO