MLM : Siapa orang paling tepat anda perlu temui jika ingin memahami apa itu MLM?

saya pasti ramai dikalangan kita sudah banyak mendengar tentang MLM-muti level marketig atau pemasaran berbilang tingkat tapi tidak kurang juga yang masih belum kenal apa itu MLM? malah ada yang sudah kenal terus jatuh cinta tapi tidak kurang juga yang benci malah anti terus dengan MLM ni. kebiasaannya mereka yang membenci/anti dgn MLM ni adalah dari mereka :

1. yang selalu gagal dalam MLM dan tak mahu belajar dari kegagalan..(maaf cakap)
2. mereka yang sememangnya pakar dan semulajadi tidak menerima MLM walaupun nampak kebaikannya..(negative thinking..mereka hanya petah berkata tapi tidak mampu menunjukkan jalan)
3. para persaing MLM..(perniaga konvensional)
4. mereka yang sememangnya “fresh” dan langsung tidak mendapat pendedahan..selalunya mereka disuntik dengan pandangan negatif terhadap MLM.

kalau kita lihat kebanyakkan orang selalunya akan menyamakan MLM dengan Skim Piramid ataupun Skim Cepat Kaya. sebenarnya ketiga2nya amatlah berbeza tapi selalu dipandang sama. (saya akan cerita dalam post lain mengenai perbezaan MLM.skim piramid.skim cepat kaya)

baiklah, berapa ramai yang membuat kajian dan rujukan sendiri bila terdedah kepada sesuatu yang baru??dan berapa ramai yang terus terima / terus tolak apabila didedahkan dengan suatu perkara yang baru baginya. Berbalik pada isu MLM..berapa ramai yang bertanya kepada mereka yang arif @ pakar dalam MLM ni? ade 3

kepada mereka yang baru nak berjinak2 dengan MLM disini ada 3 kategori personal yang anda semua boleh dapatkan rujukan dan jadikan mereka sebagai panduan:

watak1. mereka yang pakar tidak pernah terlibat secara langsung
watak2. mereka yang dah cebur berkali-kali tetapi selalu menemui kegagalan
watak3. mereka yang terlibat dan sudah berada dipuncak kejayaan

ok mari kita sama-sama tanya ketiga-tiga orang berikut tapi sebelum itu jom kita kenal mereka dan kenapa mereka orang2 yang tepat untuk kita bertanyakan soalan tentang MLM.

watak1: pandai cakap tapi langsung tak pernah buat.

siapakah mereka ni?anda mesti berfikir kalau mereka ni tak tahu ape2 knp nk minta pndgn mereka pulak? mereka yang saya maksudkan boleh saya kelaskan sebagai pemerhati dan pengkritik yang terbaik kerana mereka punya pengaruh besar dalam kata2 atau tulisan pandangan mereka. watak1 terdiri dari majalah, akhbar, televisyen, pakar motivasi dan beberapa profesional lain yang pada realitinya tidak pernah melakukan apa yg mereka tulis atau katakan. pandangan mereka boleh kita kategorikan sebagai ”orang luar melihat ke dalam”..banyak kalau kita lihat seperti pakar2 motivasi cntohnya memberikan pendapat kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah lakukan tapi apa yang mereka katakan mampu memberi kesan. saranan mereka hanya didasarkan kepada penemuan isu semasa, pendapat orang lain atau desas-desus orang lain tapi dikembangkan dengan cara profesional. dan lebih parah lagi jika sesuatu isu itu hanya diulang-ulang kerana mendapat perhatian dan liputan media..dan pada kebiasaannya anda semua dapat mengenali mereka kerana apa yang mereka tulis atau perkatakan sgt sikit jika nk dibandingkan dengan tajuk utama..

sebagai contoh: saya ade membaca artikel di web yang mendakwa tntg matematik MLM yang mustahil untuk dicapai. hah??! perkara itu sama seperti mendakwa secara ilmiah bahawa seekor semut tidak mampu mengangkat beban 10x ganda berat badannya..adakah anda sedar bahawa mereka hanya MELIHAT??? dan kalau kita lihat secara realitinya..syarikat MLM tertua masih lagi teguh berdiri.

watak2: mereka saya kategorikan sebagia mereka yang ego dan tidak mampu menerima kelemahan dan tak mampu menghadapi kegagalan. dah jadi lumrah sgt dlm hidup kat dunia ni..bila kita gagal atau jatuh kita pasti mencari sebab dengan menyalahkan orang lain. untuk berjaya dalam MLM perkara paling penting ialah dengan membuang sikap ego. kita harus bersedia untuk belajar dan diajar..tetapi yang silapnya mereka hanya menuding jari kearah orang lain. tidakkah mereka sedar dgn menuding jari ke arah orang lain akn mmbuatkn jari2 lain menuding kearah diri sendiri. maksud tersirat dari keadaan tersebut ialah..kita sepatutnya meneliti diri sendri supaya kita tahu dimana punca yg mnybaakan kita gagal. haha..ni mst ada yg komplen knp saya membebel plak tapi xtnjuk knp kita perlu bertanya dengan mereka ni dan mereka orang yang tepat untuk kita kenali MLM..

tujuannya..bukan mahu memburukkan mereka yang gagal tapi untuk mengenali mereka..ha..mungkin juga yang akan cakap yg mereka gagal sebab kena tipu bulat dgn upline tp dgn bekal semgt tgi mereka terus dgn yg lain tp tetap kne perkara yang sama hingga menjadi putus asa untuk teruskn lg.

kenapa saya cakap mereka antara orang yg tepat utk anda mengenali MLM..kerana suka sy nk ckp mereka adlh satu BONUS buat anda..knp sy ckp mcm tu?? yup..sebelum anda turut menemui kegagalan seperti mereka pstinya anda sudah ada tanda panduan, teladan @ “tanda amaran” apa yg anda tidak patut buat bila menceburi bidg MLM..

cnthnya: klw mereka gagal sebab ditipu..pasti mereka akn menasihati anda supaya tidak mudah mempercayai sebaliknya mengkaji dahulu btl atau tidak.

AWAS!!!>>>Jangan mengambil nasihat daripada mereka yang telah gagal jika nasihat mereka negatif.(anda sendiri mampu menilai) – hakikatnya mereka marah dan tidak mahu anda berjaya di mana mereka gagal. kejayaan orang lain ‘hanya membuktikan ketidakmampuan mereka berbanding orang lain. Mereka mungkin mendakwa bahawa mereka “hanya ingin melindungi anda,” tetapi dalam kenyataannya, mereka hanya ingin melindungi diri dari rasa kegagalan dengan mencegah anda dari mencuba dan berjaya.

“untuk berjaya kita seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang berjaya”

watak3: mereka ni boleh saya katakn guru@sifu dan panduan terbaik untuk memastikan kita merasakan kejayaan sebagaimana yg mereka telah capai..

saya percaya, amatlah susah utk anda menemui mereka yang berjaya tanpa mengharungi sebarang kesusahan atau kegagalan..mereka yg berjaya setelah mengharungi pelbagai cabaran dan halangan adalah PENASIHAT paling tepat buat anda semua. bagi mereka yang sudah berjaya setelah mengharungi pelbagai kesusahan pasti punya byk nasihat dan panduan berguna untuk kita supaya kita tidak melakukan kesalahan yg sama mereka lakukan dahulu. terlalu byk mereka yg sudah berjaya diluar sana..hnya anda shj yang perlu bersedia untuk diberikan tunjuk ajar.

AMBIL PERHATIAN!!!
Sila ambil perhatian bahawa ada perbezaan besar antara seseorang yang telah berjaya mereka dan seseorang yang hanya telah “dididik” untuk berjaya.

Penafian; blog ini adalah neutral. tidak ada suatu pun disini yang cuba untuk menarik anda menyertai MLM. MLM adalah suatu industri yg berpotensi tapi tidak ade suatu pun yg terpaling sempurna. saya hanya membantu anda untuk lebih mengenali mengenai MLM supaya anda semua dapat membuat keputusan yang bijak tentang menyertai mlm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: