Apa itu First-Class MLM?

 First-class ->>>pertama, tertinggi atau kumpulan terbaik dalam suatu sistem klasifikasi

First-class = kelas pertama, macam2 jenis kelas pertama yang kita semua tahu..naik kapal terbang ada first-class, pergi menginap kat hotel ada suite first-class, makan kat restoran pn ada juga, kereta first-class, persekitaran first-class, white-colar..(ha!ni pn first class juga tp jgn buat!larang sekerasnya) dan..ada juga tandas first-class..

Penting ke yop nk tahu MLM ni first class ke tak? sama jer..semua MLM tu penipu ler yop..usahlah caya!!

Ya, memang sgt penting untuk kita kenal mane satu first-class MLM supaya kita sendiri xkena scam nt. dan sebab tu jugala blog ni ade, nk bg pnduan yg tepat.

sebagai contoh ; industri restoran tidak kiralah “first-class” atau “second-class” kedua2nya tetap berada dalam industri restoran. Namun apa yang membezakan keduanya ialah dalam kategori restoran “first-class” terdapat seseorang yang mengawal dan menentukan dasar2 & identiti restoran, apa yang perlu dilakukan oleh chef & kakitangan yang lain serta menetapkan suasana untuk mecipta suasana tertentu di restoran mereka.Segala item ini akan membentuk,mendirikan ciri dan status “first-class” restoran tersebut. Dan sebuah restoran “first-class” yang dicipta berdasarkan ciri2 tersebut akan terus dikekalkan oleh seorang atau beberapa orang.  Tapi sebuah restoran “second-class juga turut didirikan tetapi langsung tidak memberi tumpuan kepada perkara berkenaan.

Dalam industri MLM (Network Marketing), xkshla MLM ‘first-class’ ke ‘low-class’ ke..tetapi yg pastinya mereka yang tercebur dan terlibat secara langsung dalam industri ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan jenis manusia yang punyai pelbagai cara dan ragam.

Oleh itu, Wangkreatif wujud hari ini supaya dapat memberi panduan dengan mengajar prinsip2 bagaimana membina dan membentuk perniagaan MLM (atau xkisah ape2 perniagaan sekalipun) dengan kaedah “First-Class” yg beretika dan profesional.

Secara peribadinya, Wangkreatif akan jadi yang pertama mengakui bahawa Wangkreatif telah melihat ramai penggiat industri MLM (Network Marketing) melakukan pelbagai cara yang buruk (yang wangkreatif tidak akan sesekali lakukan) sehingga hampir seluruh industri MLM turut tercalar dan tercemar.

“Dalam setandan pisang, jika sebiji pisang busuk tidak semestinya semuanya busuk”

Dan oleh sebab inilah wangkreatif terpanggil untuk memberi panduan tntang prinsip2 bagaimana membentuk sebuah perniagaan yang beretika dan profesional.  Dan bila anda sudah mengenali MLM “First-Class”, wangkreatif yakin bahawa anda akan bersetuju bahawa tidak ada perniagaan lain yang lebih beretika dimuka Bumi ini melainkan MLM! (yang “First-Class shj!)

SESIAPA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN MLM WAJID MEMATUHI PRINSIP ASAS BERIKUT ;

  • Sentiasa bercakap BENAR.
  • Mereka hanya akan mewakili sebuah syarikat yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang mampu membuat kehidupan masyarakat lebih baik.
  • Mereka BENAR-BENAR tertarik dengan kejayaan calon/pelanggan (prospek) dengan produk/perkhidmatan mereka – bukan semata2 dalam membuat keuntungan sahaja.
  • Mereka harus tahu tentang lini produk syarikat dan perbezaannya dengan produk hampir syarikat lain. Perkara ini membuatkan anda lebih berharga kepada pelanggan.
  • Mereka harus mampu mendapatkan pelanggan-pelanggan untuk produk/perkhidmatan mereka. (bukan jenis duduk goyang kaki tunggu duit masuk)
  • Mereka perlu kenal industri MLM yg sebenarnya dan mampu memberi penjelasan ringkas mengenainya tanpa berselindung.
  • Mereka perlu kenal industri MLM yg sebenarnya dan mampu memberi penjelasan ringkas mengenainya tanpa berselindung.
  • Sedia melatih orang yang ditaja (downline) secara berkesan sehingga mereka mampu menjual. (tapi yg jd downline jgn pula manja dan harus tahu berdikari)
  • Mereka akan memastikan orang yang mereka taja mampu pula melatih downline mereka dengan berkesan.
  • Mereka tidak akan menaja sesiapapun melainkan mereka bersedia untuk melatih mereka.
  • Mereka akan melakukan apa yang mereka janjikan.
  • Mereka hanya akan terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan yang berfaedah dan mencerminkan kebaikan MLM keseluruhannya.
  • Mereka akan membuat cadangan-cadangan berharga kepada syarikat untuk memastikan lini produk mereka sentiasa menjadi yang terbaik.

*Panduan-panduan asas ini wajid dipatuhi oleh setiap ahli MLM untuk menjadikan industri ini “First-Class”.Siapa kita itu bukan orang lain yang tentukan tapi diri sendiri yang bertanggungjawab.

“SIAPA KITA HARI INI TIDAK PENTING, TAPI SIAPA KITA ESOK HARI HARUS MENJADI MATLAMAT”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: