Kenapa mesti pilih MLM?

Kenapa mereka pilih industri MLM???

Ramai yang memilih untuk menyertai industri MLM kerana banyak sebab..antara nya:

* Perniagaan MLM adalah sah dan diperakui

Sejak mula diperkenalkan didunia ini pada sekitar tahun 40-an, MLM telah menghasilkan kejayaan untuk orang2 yang menceburinya dengan kepercayaan dan kesungguhan. Juga sejak MLM diperkenlakan di Malaysia sekitar awal 70-an, MLM semakin diakui kerana berjaya menghasilkan individu2 yang berjaya. Kepercayaan orang ramai terhadap MLM adalh hasil usaha beberapa perintis awal perniagaan MLM dinegara ini. Namun masih ramai juga yang masih anti-MLM. Dah menjadi kebiasaan sebagai seorang manusia mahu melihat hasil sebelum menyertainya ibarat mahu memetik hasil tanpa ada usaha. dan apabila sudah ramai yang mulai berjaya dalam MLM semakin ramai yang mula menceburi bidang ini. Anda sekarang sudah beruntung kerana kesusahan menjlnkn MLM sudah dilalui oelh perintis2 awl MLM dinegara ini. Anda boleh bayangkan bgmn mereka memperkenalkan MLM pd ketika itu yag dianggap ganjil dan pelik. sekaraang anda lebih mudah untuk melakukan MLM kerana sebahagian sudah mengenali MLM wlwpn sekadar kulitnya shj.

*Sertai MLM sebagai penuhi aktiviti/kegiatan sosial

MLM adalah(antara) tempat yang paling sesuai untuk bertemu dan bersenang-senang dengan pelbagai orang tidak kira lapisan masyarakat tak kira umur, agama, bangsa dan tempat asal. Ada pertemuan perniagaan, latihan industri, perbincangan / mesyuarat kumpulan atau aktiviti2 luar seperti perkelehan majlis2 keraian dll kita boleh bertemu dengan teman2 baru. Perbualan kebiasaannya berkaitan perniagaan dan perkembangan2 baru. Malah saya juga pasti ramai yang turut bertemu pasangan hidup ketika menyertai MLM. Selalunya menjadi tradisi syarikat untuk mengadakan perhimpunan tahunan secara besar-besaran dengan mengumpulkan semua ahlinya di satu tempat dan peluang ini dapat digunakan oleh ahli2 untuk meluaskan lagi jaringan mereka dengan ahli2 lain disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli / partner terdekat. Kalau nak dibandingkan dengan perniagaan bukan MLM. jarang sekali mereka akan mengadakan perhimpunan atau perjumpaan besar-besaran seperti yg dilakukan oleh syarikat MLM. Kita juga dapat lihat ramai pasangan yang ingin bekerjasama dalam perniagaan mereka-MLM membuka&memberi peluang kepada mereka.

* Sertai untuk membantu orang lain

Misalkan syarikat MLM yang anda sertai membantu orang dengan pengurusan berat badan. Ketika anda mendapatkan latihan dalam cara menjual produk/perkhidmatan mereka, anda juga turut belajar banyak tentang subjek pengurusan berat badan dengan terperinci. Pengetahuan ini membolehkan anda membantu orang lain seperti kawan/ahli keluarga dengan isu-isu pengurusan berat badan. Wangkreatif juga kenali orang yang sangat kaya dan mereka menyertai MLM kerana mereka ingin membantu orang mendapatkan wang lebih banyak dan mencapai gaya hidup sepertimana yang mereka telah nikmati. Malah mereka sanggup turun padang sama untuk membantu melatih ahli2 baru walaupun bukan rangkaian mereka. Jarang sekali seseorang yang telah menjadi kaya dalam perniagaan tradisional dapat membantu rakan-rakan mereka juga menjadi kaya dan dapat menikmati seperti mereka seperti yang dilakukan oleh ahli MLM. Berbalik pada masalah berat badan tadi. Apabila anda dapat membantu seseorang mengatasi masalah berat badan yang selama ini menjadi maslah mereka, atau membantu seseorang memperbaiki keadaan kulit mereka, atau membantu  kebebasan kewangan. Ianya menjadi sangat bermanfaat kepada mereka dan diri anda sendiri kerana anda tahu bahawa anda telah membuat hidup mereka lebih baik.

*Sertai MLM sebagai alternatif waktu bersara @ sumber pendapatan tambahan

Kalau kita lihat, umur untuk persaraan adalah 58tahun menurut dasar persaraan yang dibuat dan pernah juga kita lihat mereka yang sudah pencen masih bekerja (ada yg jadi pengawal kelamatan, pemandu teksi dan mcm2 lagi). Mereka terpaksa bekerja berpuluhan tahun namun diakhirnya msih perlu bekerja walaupun sudah bersara akibat tekanan kewangan yg terpaksa mereka tanggung. Dengan MLM, mereka mampu menyediakan satu rancang alternatif lain untuk menyokong dan membantu persaraan mereka nanti.

* Sertai MLM kerana masih boleh jalankan perniagaan/pekerjaan sendiri

Kebanyakan orang bekerja keras dalam apa jua pekerjaan yang mereka dapat demi menampung kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Mereka merasa terjebak kerana mereka HARUS pergi bekerja untuk membayar bil atau menampung lain2 perbelanjaan. Kebanyakannya mereka yang menyertai MLM dan sudah mempunyai pekerjaan adlh sebab gaji yg tidak cukup. MLM menawarkan jalan keluar dari perangkap pekerjaan khas kerana seseorang boleh bekerja melakukan perniagaan MLM secara sambilan sehingga mereka memperoleh pendapatan yang cukup untuk berhenti dari pekerjaan sepenuh masa mereka ( jika mereka ingin melakukannya)..tiada halangan dan paksaan. Wangkreatif pernah bertemu seorang profesional yang telah menggantikan pendapatan mereka melalui MLM, tapi cinta mereka yang kuat terhadap profesion lama dan mereka masih melakukannya sehingga sekarang. Secara peribadi, wangkreatif sudah melihat doktor, seniman, guru sekolah dan arkitek melakukan perkara yang sama dan mereka masih dapt menikmati kedua-duanya. Jika MLM tidak dipercayai tentulah mereka tidak menceburinya.

* Sertai MLM untuk mencapai impian mereka

Kebanyakan orang mempunyai impian tetapi pelbagai kekangan yang meghalang mereka mencapai cita2 mereka.”wang tak ada, waktu cukup, atau tak tahu bagaimana untuk mencapainya. Oleh itu  MLM untuk memberi peluang perniagaan yang membolehkan mereka  berasa bebas dan fleksibel untuk mengejar impian mereka yang sebenarnya dengan hanya bermodalkn modal yang kecil mereka sudah mampu membina impian mereka sendiri. tetapi tidak ada suatu pun yg mudah didunia ini..Dlm MLM, kejayaan/kekayaan bukan datang dgn sekelip mata tapi harus dibina secara berperingkat. kejayaan menghasilkan kekayaan, satu ungkapan yang selalu anda dengar. ungkapan itu benar dan menjadi kenyataan di dalam MLM. Tetapi dlm MLM kenyataan itu menjadi “Kejayaan yang kecil menghasilkan kejayaan yang besar. Dengan MLM anda dapat memastikan impian anda terlaksana.

*Kerjasama yang kuat dalam MLM

Menurut Profesor  Harvard ,Charles King beliau mengakui semua perniagaan, gereja, ahli politik, sekolah, dsb tahu bahawa “word-of-mouth” adalah bentuk iklan paling cekap dan berkesan. Cara ini berkesan kerana iklan tersebut berasal dari sumber yang dipercayai -seperti rakan, ahli keluarga, kenalan, selain cekap syarikat juga tidak perlu membayar untuk iklan yang tidak mencapai pelanggan. Dengan kerjasama yang kuat dalam MLM, mereka tidak perlu membayar untuk iklan sehinggan produk tersebut dijual.

* Syarikat MLM membayar untuk pengeluaran, bukan untuk datang ke tempat kerja

Maksud pengeluaran disini ialah produk yang berjaya dijual. Jika sebuah syarikat biasa, mereka perlu mengupah pegawai pemasaran dan tenaga jualan dan perlu membayar gaji mereka setiap bulan wlwpn sekiranya tiada produk yang berjaya dijual. Dan kita boleh cakap yang pekerja tersebut hnya menerima gaji buta sahaja. Adakah ini dianggap beretika?? Tetapi dlm MLM, syarikat hanya membayar kerana produk benar2 dijual dan bukannya membayar kerana orang masuk kerja wlwpun mereka tidak menghasilkan ape2..(klw  ade yg mcm ni almtnya memg xlama akn kena buang kerja)

Sebaliknya jika anda memang orang jenis sebegini..suka mkn ats sesuatu yang bukan ats usaha atau sumbgn anda sendiri.

* MLM menjanjikan kebebasan dalam waktu bekerja

Jika anda adalah seseorang yg sgt produktif pastinya anda mahukan apa yang MLM tawarkan kepada anda. Anda bebas untuk menaikkan gaji anda sesuka hati (ats usaha sendiri) pada bila2 masa shj yang anda semua inginkan. selain itu hampir tiada langsung batasan/had kenaikan gaji anda. segalanya bergantung kepada usaha.

Tapi yang paling penting sekali ialah anda mampu mengendalikan masa bekerja anda sesuka hati, boleh kerja bila2 masa. Makan gaji, jika anda bekerja selama 8jam. anda hanya akan dibayar untuk 8jam tersebut shj. Dlm MLM, jika anda bekerja selama 8jam dan anda melatih downline anda selama 8jam..anda akn dibayar 16jam dan inilah yang membuatkan MLM sgt kuat dan menjadi pilihan ramai orang. Sayangnya kebanyakan orang tidak mengerti bahagian ini.

* MLM anti kemelesetan ekonomi

Kalau kita lihat sejarah, pada tahun 1985 hingga penghujung 1986, bila negara Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi, syarikat2 MLM masih dan terus membuat duit sedangkan banyak perniagaan lain yang gulung tikar dan ramai pekerjanya hilang pekerjaan. Begitu juga dengan pengedar2 (usahawan MLM), masih meneruskan jualan seperti biasa malah ada yang terus meningkat. Diluar negara pun begitu juga, perniagaan MLM tidak terjejas dgn kemelesetan ekonomi.
Ini kerana perniagaan MLM kebanyakannya menyediakan produk keperluan harian, yang mana walau apapun keadaan ekonomi, tetap diperlukan oleh orang ramai.Begitu juga bila berlaku inflasi, selalunya jumlah jualan meningkat. Bil berlaku inflasi, nilai matawang semakin mengecil, ramai org yang menceburkan diri dlm MLM untuk mencari pendapatan tambahan.

Terdapat banyak kelebihan jika kita menyertai MLM..jika anda kata buat MLM kena tgl kerja lama, xd masa, susah, xlaku, dan macam2 lagi..anda sudah silap. Kerana dah terbukti bahawa MLM mampu tangani segalanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: